Cerek tembaga digunakan untuk mengisi air dan juga memasak air yang telah digunakan sejak zaman berzaman oleh orang-orang Melayu. Rekabentuk cerek adalah sangat menarik kerana dapat memperlihatkan banyak pola iaitu pada bahagian-bahagian tudung, tangkai, muncung, badan dan tapaknya. |
Kegunaan biasa cerek ialah untuk mengisi air minuman sebelum dihidangkan. Ada juga cerek yang dibentuk untuk kegunaan membasuh tangan. Cerek basuh tangan ini mempunyai bekas tadahan air seperti ketur iaitu bertepi bulat rata dengan bahagian mulutnya sama dengan tapak cereknya. Ini disebabkan cerek air basuh tangan diletakkan di atas ketur. Keunikannya terletak kepada bentuknya yang dikatakan menarik dan mempunyai corak-corak tertentu yang melambangkan sesuatu mesej sepertimana peralatan-peralatan tembaga yang lain. Cerek tembaga melambangkan kemewahan serta biasanya digunakan oleh golongan bangsawan pada ketika dahulu. |
Namun, pada hari ini, cerek tembaga sering digunakan untuk dijadikan tempat untuk membasuh tangan bagi para tetamu yang datang menziarahi sanak saudara mahupun sahabat handai. |
![]() | ![]() |
![]() |