Pada zaman dahulu gayung biasanya diperbuat daripada tempurung kelapa yang dipotong bahagian atasnya, ditarah supaya licin dan diikat dengan sebatang kayu yang panjangnya lebih kurang dua kaki sebagai tangkai. Pada masa kini gayung tempurung ini sudah hampir pupus. Ianya kini digantikan oleh beberapa jenis gayung yang diperbuat daripada palstik. Gayung jenis ini digunakan sewaktu mandi dan menyiram pokok-pokok di sekitar kawasan rumah. Walau bagaimanapun gayung yang digunakan untuk aktiviti ini biasanya lebih kecil dan tangkainya lebih pendek. |