Guri

Guri adalah merupakan satu tempayan kecil yang mempunyai mulut yang kecil dan sempit bagi kegunaan di dapur bagi melengkapkan keselesaan suri rumahtangga. Peralatan tradisional ini digunakan bagi tujuan untuk menyimpan garam, asam keping dan paling banyak adalah untuk menyimpan pekasam ikan, daging dan sebagainya.

Guri sesuai dijadikan tempat penyimpanan pekasam kerana ia mempunyai mulut yang kecil dan senang untuk ditutup. Saiz guri adalah pelbagai saiz iaitu ada yang kecil dan ada yang besar. Pembuatan guri juga adalah daripada tembikar dan mempunyai corak yang sama seperti tempayan.

BACK