Lain-Lain Peralatan

Pelita Ayam

Lampu Gaslin

Seterika Arang

Timba

LAMPU GASLIN

Sebelum merdeka, kebanyakan rumah di Tanah Melayu menggunakan pelita minyak tanah atau gas untuk menerangi rumah pada waktu malam. Walau bagaimanapun, bagi majlis kenduri, Hari Raya atau majlis lain yang diadakan pada waktu malam, lampu gasolin digunakan kerana lampu gasolin boleh menerangi kawasan yang lebih luas. Lampu ni menggunakan mentol butterfly. Ianya dinyalakan dengan menggunakan minyak spirit yang di letakkan pada bekasnya dalam balang kaca. Tangki di bahagian bawah lampu diisi dengan minyak gas. Tangki ini dipam dengan menggunakan pengepam yang terdapat pada badan tangki. Ianya dipam dengan tujahan yang kuat untuk membolehkan mentol menyala dengan marak. Apabila keterangan cahaya lampu berkurangan, tangki minyak perlu dipam untuk menerangkan semula.

Orang ramai lebih suka menggunakan lampu gasolin kerana cahaya dari lampu ini lebih terang serta tidak menghasilkan jelaga sebagaimana lampu pelita. Ianya juga lebih selamat dari segi penggunaanya kerana tertutup serta boleh digantung.

Lampu Gaslin
Lampu Gaslin yang siap digantung
Lampu Keluang