Peralatan Tradisional

Di zaman arus teknologi yang semakin berkembang ini menyebabkan masyarakat masa kini semakin tidak mengenali peralatan-peralatan tradisional yang digunakan pada zaman dahulu kala. Kebanyakan peralatan tersebut telah diubahsuai mengikut teknologi yang moden. Dengan itu laman web Peralatan Tradisional ini diperkenalkan bertujuan mendedahkan serta memperkenalkan kepada masyarakat sejagat terutamanya generasi di alaf baru tentang peralatan-peralatan tradisional serta kegunaannya, yang terdapat di Malaysia oleh masyarakat zaman dahulu. Di samping itu ia juga dapat memberi gambaran dan fahaman kepada masyarakat tentang rupa bentuk peralatan dan fungsinya dalam masyarakat umum di Malaysia.
Secara amnya, peralatan tradisional ini digunakan pada masa dahulu dan sesetengah daripadanya masih digunakan pada masa kini. Selain digunakan sebagai peralatan, ia juga digunakan sebagai perhiasan dan juga sebagai sumber ekonomi seperti tikar, tudung saji, bakul dan raga. Dengan adanya laman web ini, diharap dapat membantu mengekalkan serta mendedahkan kepada generasi masa sekarang dan masa depan tentang pelbagai alat-alat tradisional.

Antara Peralatan-Peralatan Tradisianal :

PERALATAN DAPUR

PERALATAN MEMBURU

PERALATAN PERTANIAN

PERALATAN PERTUKANGAN

PERALATAN MENANGKAP IKAN

LAIN-LAIN PERALATAN