Lain-lain Peralatan

Pelita Ayam

Lampu Gaslin

Seterika Arang

Timba

Pada peringkat awal sejarah perkembangan negara ini secara amnya, penduduk tempatan tertumpu di kawasan persisiran pantai dan tebing sungai. Kehidupan mereka bergantung kepada alam persekitaran dan hidup dengan berpindah randah mereka tidak mempunyai kemudahan elektrik seperti mana sekarang.Sesuai dengan keadaan pada ketika itu, mereka mula merekabentuk peralatan yang digunakan untuk memudahkan kehidupan pada masa itu.

Untuk mendapat cahaya pada waktu malam mereka menggunakan peralatan seperti pelita ayam dan lampu gaslin. Manakala untuk menghilangkan kedut pada baju mereka menggunakan seterika arang dan timba digunakan untuk mengambil air dari sungai dan diangkat untuk dibawa pulang ke rumah.