Peralatan Memburu

Jebak LembingPerangkap RacikSumpit Lastik

Sumpitan

Sumpitan adalah sejenis peralatan memburu atau berperang yang sering digunakan oleh masyarakat peribumi Sarawak dan Sabah pada masa dahulu. Terdapat kelebihan yang dimiliki oleh senjata ini iaitu kemampuannya mencapai sasaran dari jarak jauh di samping tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan. Menurut kepercayaan etnik Dayak, sumpitan ini tidak boleh digunakan untuk membunuh sesama manusia. Bahan utama di dalam proses pembuatan sumpit adalah daripada kayu. Kayu dipilih mengikut kualiti dan mutu biasanya daripada kayu jenis Belian, Bengkirai dan Ulin yang kayunya lurus, agar mudah dilubangi berukuran kurang lebih 8mm.

Proses pembuatan sumpit adalah rumit dan memerlukan kepakaran untuk menebuk kayu yang telah dipilih. Sumpitan ini berbentuk tongkat panjang yang diberi lubang kecil untuk memasukkan anak sumpitan. Sumpitan dilengkapi dengan sebuah mata tombak yang diikat erat pada hujungnya dan juga dilengkapi dengan domek(anak sumpitan) beserta wadahnya (selup).

Peluru atau anak sumpitan yang tajam seperti panah disebut domek(anak sumpitan). Biasanya domek dicelup dengan zat racun yang diperolehi dari getah sejenis akar yang diolah sedemikian rupa yang dikenali Ipu. Ipu ini akan digosok pada hujung domek. Sebelum digunakan, domek ini akan disimpan dalam suatu tempat khusus yang dikenali Telep agar tidak membawa kesan kepada tuannya. Manusia atau binatang yang terkena domek beracun boleh membawa maut.

p>

Cara melepaskan domek dari sumpitan ialah dengan meniup sekeras mungkin melalui lubang sumpitan yang lurus. Jangan tarik nafas ketika mulut di sumpitan kerana domek akan memasuki mulut. Sebuah sumpit dipegang lalu dimasukkan anak sumpit ke lubang, kemudian ditiup dengan mulut sekuat tenaga supaya arus yang keluar dari mulut sangat kencang membidik menuju sasaran yang diinginkan. Jarak capai anak sumpitan ini cukup jauh tapi ia bergantung kepada kekuatan meniup.

** Domek dan Telep
* Cara menggunakan sumpit