Peralatan Pertukangan

Gergaji

Gerudi

Kertas Pasir

Ketam

Kikir

Pahat

Tukul

TUKUL

Tukul atau penukul merupakan sejenis alat pertukangan yang digunakan untuk mengetuk atau memukul. Bentuk tukul yang asal adalah hulu yang lurus dan kepala dihujungnya. Kepala tukul mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang bersegi, ada yang halus dan ada yang berkuku digunakan untuk mengumpil paku.

Tukul yang keseluruhannya diperbuat daripada kayu dipanggil tukul kayu. Tukul kayu ini selalunya digunakan pada bahagian yang mesti tidak tercalar oleh ketukan. Tukul besi pula keseluruhannya diperbuat daripada besi dan ia biasanya digunakan untuk mengetuk logam dan memecahkan batu.

TukulTukul Besi Kepala Bulat
Tukul Besi Kepala PipiTukul Besi Kepala V
Tukul Kayu