Jaring ialah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan. Jaring diperbuat daripada tali nilon yang dijalin seperti jala. Terdapat berbagai saiz jaring mengikut kesesuaian ikan yang hendak dijaringkan. Jaring sering kali digunakan oleh nelayan-nelayan pesisiran pantai. Selain itu ia juga boleh di gunakan untuk menangkap ikan di kolam air tawar (kolam binaan) atau sungai. Lazimnya jaring mempunyai lubang-lubang yang agak besar antara 2-4 inci. Ini bermakna, hanya ikan-ikan yang matang sahaja yang akan tersangkut dijaring. Ia mempunyai pemberat seperti ladung di bahagian bawah dan terdapat juga pelampung kecil di bahagian atas. Dengan cara ini jaring akan kelihatan terentang apabila ia berada di dalam air kerana pemberat akan jatuh kebawah manakala pelampung akan terapung di permukaan air. Ikan yang akan lalu merentasi jaring tersebut akan tersangkut. Adakalanya jaring akan ditarik oleh bot atau sampan nelayan menggunakan tali yang terdapat di keempat-empat penjuru jaring tersebut.Cara ini lebih cepat dan banyak hasil tangkapan yang akan diperolehi. Jaring masih lagi digunakan oleh nelayan-nelayan pada masa sekarang kerana mudah untuk dikendalikan. |