Peralatan Memburu

Jebak LembingPerangkap RacikSumpit Lastik

Lembing

Lembing merupakan salah satu senjata lama masyarakat Malaysia. Kini lembing digunakan dalam istiadat dan sebagai perhiasan. Lembing berbentuk runcing dan hujungnya tajam. Panjang lembing biasanya antara 20 hingga 30 sentimeter dan lebarnya 2 sentimeter.

Pemegang lembing diperbuat daripada kayu. Ia lebih ringan dan panjang, serta mudah dibaling dari jarak jauh. Pada zaman dahulu, apabila lembing digunakan sebagai senjata, racun disapu dihujungnya.

Lembing yang digunakan semasa istiadat di istana mempunyai hulu yang dihias dengan perak. Kadang-kadang dihiasi dengan rambut kuda yang dicelup warna merah.