Perangkap
Perangkap sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menangkap haiwan seperti pelanduk, arnab, ayam hutan dan sebagainya. Perangkap biasanya di pasang di dalam semak, belukar atau hutan. Ia berbentuk seperti perumah dan diperbuat daripada bahan-bahan seperti kayu dan buluh. Batang kayu panjang seperti rod akan disusun berselang-seli dan diikat diantara satu sama lain sehingga berbentuk seakan-akan sebuah para kayu untuk menyerkup haiwan yang masuk kedalamnya. Perangkap akan diletak dengan cara terlangkup. Pada hujung perangkap akan ditelangkup sehingga mencecah tanah manakala pada hujung yang satu lagi akan diangkat dengan menggunakan tali di bahagian atas. Tali tersebut akan disangkut pada batang kayu supaya hujung perangkap yang terangkat tidak jatuh. Terdapat tali yang kedua berfungsi untuk menahan tali pertama. Hujung tali tersebut akan dipasak kedalam tanah pada bahagian perangkap yang mencecah tanah. Iaitu berhampiran umpan manakala hujung tali kedua yang satu lagi akan diikat pada kayu yang menahan tali pertama. Terdapat juga batu yang diletak pada bahagian atas perangkap berfungsi sebagai pemberat. Umpan seperti buah-buahan atau bangkai binatang akan diletak pada bahagian hujung perangkap yang mencecah tanah supaya ia dapat menarik perhatian haiwan supaya masuk terus ke dalam perangkap. Haiwan yang masuk dalam perangkap bertujuan untuk memakan umpan tersebut akan berlanggar dengan tali yang kedua sehingga putus dan hujung perangkap yang terangkat akan jatuh. Disamping peralatan memburu yang lebih canggih seperti senapang, perangkap masih lagi digunakan oleh penduduk kampung terutama bagi menangkap binatang pemusnah seperti babi hutan, biawak, landak, tenggiling dan sebagainya.
| |
Perangkap Rintang Ulak |
| |
Perangkap Ular Tuo Unak |