Lain-Lain Peralatan

Pelita Ayam

Lampu Gaslin

Seterika Arang

Timba

PELITA AYAM

Pelita Ayan telah pun wujud sejak zaman dahulu lagi. Ia digunakan untuk menerangi rumah di waktu malam. Pelita Ayan di perbuat daripada logam yang kuat serta tahan daripada suhu yang panas. Bahagian utama pada Pelita Ayan ialah bekas minyak yang merupakan tangki untuk menyimpan minyak tanah atau minyak gas iaitu bahan bakar utama untuk menyalakan api. Pada bahagian atas pula terdapat satu muncung berbentuk rod logam yang dihubung terus ke tangki minyak melalui tudung tangki minyak tersebut. Ia berfungsi untuk memuatkan sumbu pelita yang disalurkan melalui lubang rod ke tangki minyak. Pelita Ayan mempunya kaki yang bertapak lebar untuk mengimbanginya supaya tidak jatuh walau bagaimanapun terdapat juga Pelita Ayan yang tidak berkaki, sebaliknya diganti dengan tangkai supaya mudah untuk digantung pada dinding atau tiang rumah.

Masyarakat kampung pada suatu masa dahulu menggunakan bahan buangan iaitu botol kaca berbagai bentuk dan saiz untuk dijadikan pelita. Bolt tipu basikal sering dijadikan rod untuk sumbu pelita tersebut. Sumbu pelita biasanya dibuat daripada taliguni atau kain perca yang digulung / pilin menjadi sumbu sesuai dengan rod sedia ada.

Pada masa sekarang sudah terdapat Pelita Ayan yang diperbuat daripada plastik pada bahagian tangkinya. Cara lebih menjimatkan kos, masa, dan tenaga pakar. Pelita Ayan juga sudah tidak digunakan lagi untuk menerangi rumah pada waktu malam, sebaliknya diganti dengan lampu elektrik. Penggunaan Pelita Ayan hanya mendapat sambutan meluas pada musim perayaan sahaja sebagai penyeri halaman rumah, simpang-simpang jalan dan surau-surau dikampung.

Pelita Ayam>Pelita MinyakPelita Tembaga
Pelita