Lain-Lain Peralatan

Pelita Ayam

Lampu Gaslin

Seterika Arang

Timba

TIMBA

Timba merupakan suatu peralatan yang digunakan untuk mengambil air di sungai atau di perigi. Timba ini biasanya diperbuat daripada bambu atau kayu yang akan diikat dengan tali untuk dijadikan tangkai bagi memudahkan mengangkat timba tersebut. Timba ini akan digelung dengan tali atau akar kayu untuk memperkukuhkan badan timba. Timba ini biasa dapat dilihat di kawasan kampung kerana ia merupakan alat tradisional yang penting pada zaman dahulu untuk mengambil air

>

Zaman dahulu sungai dan perigi merupakan sumber air utama untuk mencuci, memasak dan mandi. Oleh itu, timba digunakan untuk mengambil air dari sungai dan diangkat untuk dibawa pulang ke rumah.

Selain itu, timba juga digunakan untuk mengambil air di dalam perigi atau mata air. Timba ini akan diikat dengan tali yang panjang dan kemudian dimasukkan dalam perigi. Apabila timba ini telah dipenuhi air,timba ini akan ditarik perlahan-lahan hingga keluar dari perigi.

Timba yang diikat taliTimba yang diikat akar pokok
Timba yang diikat besiTimba yang diikat logam