<

Peralatan Menangkap Ikan

Bubu

Jala

Jaring

Lukah

Pancing

Pada peringkat awal sejarah perkembangan negara ini secara amnya, penduduk tempatan tertumpu di kawasan persisiran pantai dan tebing sungai. Kehidupan mereka bergantung kepada alam persekitaran dan hidup dengan berpindah randah serta mengusahakan pertanian pindah, berburu dan menangkap ikan. Sesuai dengan keadaan pada ketika itu, mereka mula merekabentuk peralatan yang digunakan bagi tujuan berkaitan.

Bagi aspek menangkap ikan, mereka membuat jala, tangkul, tangguk, bubu, pukat dan sebagainya bagi memperolehi hasil. Peralatan ini digunakan mengikut keadaan dan persekitaran. Contohnya jala, tangkul, tangguk dan bubu digunakan oleh masyarakat desa yang tinggal di tepi-tepi sungai. Manakala pukat dan jaring pula digunakan oleh nelayan di pesisir pantai.

Sehingga kini, peralatan menangkap ikan tradisional masih dapat dilihat walaupun penggunaannya tidak meluas seperti dahulu kerana adanya peralatan menangkap ikan yang moden serta memberi pulangan yang lebih banyak serta untuk tujuan komersial.