Peralatan Memburu

Jebak LembingPerangkap RacikSumpit Lastik

Memburu merupakan salah satu kegiatan dan aktiviti warisan yang dilakukan oleh masyarakat pada masa dahulu bagi tujuan mendapatkan hasil makanan mahu pun dijadikan sebagai sumber ekonomi. Peralatan tradisional yang biasa digunakan bagi kegiatan memburu adalah seperti jaring, jebak, jerat, lembing, perangkap, racik, sumpitan, lastik dan lain-lain lagi.

Cara-cara pemasangan dan penggunaan peralatan tersebut adalah bergantung kepada alat itu sendiri. Kebiasaannya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti pelanduk, landak, rusa, burung, binatang yang menganggu seperti ular, harimau dan sebagainya.