Bajak |
Tajak |
Sabit |
Parang |
Tenggala |
Pencakar |
Bajak merupakan alat tradisional yang digunakan bagi kegiatan pertanian untuk tujuan penggemburan tanah. Bajak diperbuat daripada besi dan mempunyai gigi-gigi seperti sikat dan digunakan secara manual serta tidak disambungkan kepada jentera moden untuk membolehkan ianya berfungsi. Ia juga berfungsi dengan bantuan binatang peliharaan seperti kerbau dan lembu dan ini boleh membantu mempercepatkan proses pembajakan tanah. |
Fungsi utama bajak ini juga adalah untuk melakukan kerja-kerja penimbusan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tumbuhan seperti rumput-rampai, akar dan sebagainya ke dalam tanah , menyediakan ruang udara di dalam tanah untuk tanaman dan mengawal rumput-rampai daripada tumbuh. Kebiasaannya bajak selalu digunakan dikawasan sawah bagi proses penanaman padi. |
Bajak Sikat | |