Peralatan Pertanian

Bajak

Tajak

Sabit

Parang

Tenggala

Pencakar

PARANG

Parang merupakan alat serbaguna yang boleh digunakan dalam bidang pertanian dan juga untuk kegiatan harian seperti mengupas kelapa, menyembelih binatang dan seumpamanya. Kebiasaannya, ia digunakan untuk menebas dan menebang pokok-pokok kecil di kebun atau di ladang.

Ukuran mata parang adalah berbeza-beza dan bergantung kepada cara kegunaannya di mana parang yang lebih panjang di gunakan untuk menebas atau menebang dan parang kontot ( sederhana panjang ) digunakan untuk kerja harian seperti mengupas kelapa.

Hulu parang pula diperbuat daripada kayu di mana sesetengah hulu ada yang berukir tetapi pada kebiasaannya tidak mempunyai sebarang ukiran. Parang juga mempunyai sarung di mana ia bergantung kepada bentuk bilahnya. Bagi bilah yang bengkok ia tidak mempunyai sarung, tetapi yang lurus dan pendek ada yang mempunyai sarung.

Pelbagai jenis parang yang boleh didapati iaitu termasuk parang panjang, parang puting, parang belitung dan parang bongkok. Parang puting digunakan untuk mencungkil tanah bagi menanam sayur-sayuran, tebu dan sebagainya. Parang belitung digunakan untuk membelah kelapa, memotong rawan, tulang kambing, lembu, mencincang ayam atau memotong duri dan sirip ikan yang besar seperti ikan mayong, pulutan atau bagok.

Jenis-jenis Parang
Parang PenebasParang Kelapa
Parang CengkokParang Bugis