Sabit juga merupakan satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam bidang pertanian. Sabit adalah pisau yang melengkung dengan mata yang licin atau bergerigi. Ia mempunyai pemegang/ hulu yang diperbuat daripada kayu. Kegunaan alat ini yang paling utama adalah untuk memotong padi, rumput dan mengait buah seperti kelapa dan kelapa sawit. Sabit yang digunakan untuk mengait kelapa dan kelapa sawit perlu digantung kepada galah, diikat secara kuat dengan tali supaya tidak jatuh semasa digunakan. |
Namun begitu, penggunaannya yang paling meluas adalah untuk menuai padi di mana ia menggantikan penggunaan ani-ani yang merupakan alat utama penuai padi pada era 1960-an. |
Penggembala lembu dan kambing di kampung-kampung menggunakan sabit tangan untuk menyabit rumput sebagai makanan ternakan tersebut. |