Peralatan Pertanian

Bajak

Tajak

Sabit

Parang

Tenggala

Pencakar

PENCAKAR

Pencakar adalah satu jenis peralatan tradisional yang digunakan dalam bidang pertanian bagi membantu petani menjalankan kegiatan pertaniannya. Pencakar mempunyai pelbagai fungsi kegunaan iaitu sebagai penggembur tanah, membersihkan batas semaian sayur-sayuran, membuang rumput-rumput ditapak semaian dan menyapu sampah di laman.

Pencakar mempunyai mata seperti sikat, diperbuat daripada besi dan mempunyai pemegang daripada kayu yang sederhana panjangnya. Cara menggunakan pencakar adalah mudah di mana ia hanya perlu dicakar-cakarkan ke atas tanah mengikut kesesuaian tempat tersebut.