Peralatan Pertanian

Bajak

Tajak

Sabit

Parang

Tenggala

Pencakar

TAJAK

Tajak merupakan alat tradisional yang biasanya digunakan di sawah-sawah padi. Tajak adalah satu-satunya alternatif yang boleh diambil untuk membajak bahagian-bahagian sawah yang terlalu dalam kerana ia tidak boleh menggunakan tenggala atau kerbau.

Tajak mempunyai bentuk yang amat berbeza daripada senjata atau alat pertanian yang lain. Pada pandangan yang paling dekat, tajak umpama gabungan cangkul dan parang. Hulunya berbentuk bulat gadah besar secekak yang mana panjangnya setengah depa. Pemegangnya panjang ( purata dua kaki setengah) yang sederhana besar serta bongkok udang dan runcing dihujungnya. Pada lengkungan dalam terdapatnya mata dan bilah ini dipasang melintang hulu seperti cangkul, tetapi kegunaannya adalah untuk menajak rumput dan menggembur tanah.

Cara menggunakan tajak adalah memegang dengan kedua-dua belah tangan, di mana satu dipangkal hulu dan satu lagi kira-kira dua pertiga hulu ke bawahnya. Ayunan tajak adalah meliputi jarak sudut kira-kira 120 darjah dikeliling penggunanya, di mana ia bermula dari bahagian rusuk kanan atau rusuk kiri.

Tajak digunakan oleh petani untuk membersihkan rumput dikeliling rumah, sawah, kebun atau dusun. Petani lebih gemar menajak rumput di kebun mereka daripada menggunakan racun serangga makhluk perosak kerana dikhuatiri racun akan memberi kesan negatif kepada hasil tanaman di kebun atau dusun.

Bagi petani wanita, tajak digunakan seperti cangkul untuk menggembur tanah bagi bercucuk tanam di sekeliling rumah.

Tajak Duduk
Cara Tajak digunakan untuk menggemburkan dan mencangkul tanah