Peralatan Pertanian

Bajak

Tajak

Sabit

Parang

Tenggala

Pencakar

Pertanian merupakan satu bidang yang terpenting dalam menjana ekonomi negara pada masa kini. Perubahan demi perubahan telah dilalui dalam bidang pertanian terutamanya dari segi penggunaan alat-alatan serta kaedah-kaedah yang dijalankan. Masyarakat Malaysia pada masa dahulu menggunakan peralatan pertanian tradisional dalam mengusahakan tanaman serta menjalankan seluruh kegiatan pertanian.

Peralatan pertanian tradisional yang kebiasaan digunakan adalah seperti cangkul, tajak, sabit, parang, kelewang, tenggala, kuku kambing, pencakar dan sebagainya. Masyarakat moden pada masa ini sudah tidak menggunakan alatan tradisional lagi kerana telah ditenggelami oleh penggunaan peralatan moden yang canggih serta dapat memudahkan dan mempercepatkan proses kerja.